
Festival Buku Islami (FBI) 2025, yang dianjurkan buat pertama kalinya di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 17-20 Julai ini sebagai sebahagian daripada Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025, hadir dengan matlamat murni: menghidupkan semula budaya membaca dan memperkukuh kecintaan terhadap ilmu dalam kalangan masyarakat. Festival ini bukan sekadar medan jual beli buku, malah menjadi wadah pertemuan antara penulis, penerbit, pencinta buku, dan seluruh warga yang dahagakan santapan rohani serta intelektual.
FBI 2025 dianjurkan oleh Buku IBDE dan Pelita Dhihin, dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Pustaka Raja Tun Uda selaku penganjur bersama. Acara berprestij ini menghimpunkan penerbit buku-buku Islam terbaik dari seluruh Malaysia. Mereka komited menerbitkan karya bermutu tinggi yang merangkumi kitab turath, tafsir, akidah, sirah, tarbiah, serta buku-buku kontemporari yang berakar pada nilai-nilai Islam. Festival ini turut menjadi platform istimewa untuk meneroka pelbagai judul yang jarang ditemui di pasaran umum, termasuk karya agung seperti Tafsir Jalalain, Pengantar Ilmu Tafsir, dan Dalail al-Khairat — kitab-kitab utama yang turut diketengahkan dalam FTIS tahun ini.
Dengan suasana yang menyatukan elemen tradisi dan moden, pengunjung bukan sahaja berpeluang mendapatkan buku-buku pilihan pada harga istimewa, malah dapat menyertai sesi diskusi, pelancaran buku, dan beramah mesra bersama para penulis. Ia adalah pengalaman menyeluruh yang melangkaui aktiviti membeli; ia mengajak anda menyelami, menghargai, dan menyuburkan semula kecintaan terhadap khazanah ilmu Islam.
FBI 2025 merupakan peluang keemasan untuk seisi keluarga hadir bersama, menyemai minat membaca dan memperkayakan minda dengan bahan bacaan yang berkualiti. Ayuh, kita jayakan misi memperkasa masyarakat berilmu, bermula dengan satu buku!
Dapatkan kitab-kitab tumpuan FTIS 2025 secara eksklusif di bukuibde.com atau kunjungi reruai Buku IBDE di FBI 2025.

Lokasi
DEWAN SYARAHAN DAN MUZAKARAH ISLAM, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
SHAH ALAM
Tarikh
17 - 20 JULAI 2025

ATUR CARA
*Jadual dan kehadiran tokoh adalah tertakluk kepada perubahan.

HARI PERTAMA
17 Julai 2025 (Khamis)
Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
9:00 pagi
Hari Pertama Festival Buku Islami 2025 Bermula
10:00 pagi – 11:30 pagi
Sembang Buku
Tradisi Ke’ilmuan Ulama Perempuan di Alam Melayu
Auditorium
Abdul Razak Abdul Rahman
Aktiviti bersama PPAS
Persembahan& Aktiviti Tadika
Ruang Kanak-Kanak
Tadika Dzuliman
11:30 pagi – 12:00 tengah hari
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
12:00 tengah hari – 1:30 petang
Aktiviti bersama PPAS
Storytelling
Ruang Kanak-Kanak
Zaelda
1:30 tengah hari – 2:30 petang
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
2:30 petang – 3:00petang
Free Screening
Walinong Sari - Short Film
Auditorium
2:30 petang – 4:00 petang
Aktiviti bersama PPAS
Craft Time - Cute Button
Ruang Kanak-Kanak
4:00 petang – 5:00 petang
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
5:00 petang – 6:30 petang
Sembang Buku
Manusia dan Alam Tabi'i (Man and Nature)
Auditorium
S.H. Nasr
Profesor Dr. Osman Bakar
Aktiviti bersama PPAS
STEM - Mini Boxing Robot
Ruang Kanak-Kanak
8:00 malam – 9:00 malam
Majlis Perasmian Festival Buku Islami 2025
Auditorium
Dirasmikan oleh:
Y.A.B. Dato' Seri Amirudin bin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor
Pelancaran Buku
Muhaddisat
Auditorium
Sheikh Dr. Mohammad Akram Nadwi
Dilancarkan oleh:
Y.A.B. Dato' Seri Amirudin bin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor
HARI KEDUA
18 Julai 2025 (Jumaat)
Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
9:00 pagi
Hari Kedua Festival Buku Islami 2025 Bermula
10:00 pagi – 11:30 pagi
Aktiviti bersama PPAS
Persembahan& Aktiviti Tadika
Ruang Kanak-Kanak
Tadika Little Caliphs
11:30 pagi – 12:00 tengah hari
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
12:00 tengah hari – 1:30 petang
Siaran Langsung
Khutbah Jumaat
Auditorium
Aktiviti bersama PPAS
Craft Time - Caterpillar
Ruang Kanak-Kanak
1:30 petang – 2:30 petang
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
2:30 petang – 4:00 petang
Sembang Buku
Catur Melayu - Menghidupkan Kembali Warisan Bangsa
Auditorium
Dr. Mohd Hasanuddin Yusof
Aktiviti bersama PPAS
Battle of Quran
Ruang Kanak-Kanak
4:00 petang – 5:00 petang
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
5:00 petang – 6:00 petang
Aktiviti
Catur Melayu (Cara Bermain)
Sudut Aktiviti
Dr. Mohd Hasanuddin Yusof
Aktiviti bersama PPAS
Craft Time - Mewarna Batik
Ruang Kanak-Kanak
6:00 petang – 8:00 malam
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
8:00 malam – 9:00 malam
Free Screening
The Alchemy of Happiness - Al-Ghazali
Auditorium
HARI KETIGA
19 Julai 2025 (Sabtu)
Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
9:00 pagi
Hari Ketiga Festival Buku Islami 2025 Bermula
10:00 pagi – 11:30 pagi
Aktiviti bersama PPAS
Persembahan& Aktiviti Tadika
Ruang Kanak-Kanak
Tadika Islam Malaysia
11:30 pagi – 12:30 tengah hari
Sharing Session
Perniagaan, Kekeluargaan dan Dakwah. Ini jalan kami di Al Haddad Group.
Auditorium
Syed Hussein Jamallulail
12:00 tengah hari – 1:30 petang
Art Making Session
Hands-on art reflecting on Islamic themes
Sudut Aktiviti
Cikgu Huda
Aktiviti bersama PPAS
Origami
Ruang Kanak-Kanak
Atok Bush
1:30 petang – 2:30 petang
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
2:30 petang – 4:00 petang
Syarahan
Membina Pandangan Alam dan Budaya yang Betul Terhadap Faham Agama dalam Institusi Keluarga
Auditorium
Dr. Farid Shahran
Aktiviti bersama PPAS
Pertandingan Mewarna (5-12 Tahun)
Ruang Kanak-Kanak
4:00 petang – 5:00 petang
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
5:00 petang – 6:30 petang
Alchemiya Screening
Made in Palestine: Spotlight on Hirbawi Textiles on Alchemiya
Sudut Aktiviti
Persembahan dan Aktiviti Kanak-kanak
Selawat sing-along dan Storytelling
Sudut Aktiviti
Erwan Muhiddin
6:30 petang – 8:00 malam
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
8:00 malam – 9:00 malam
Free Screening
Turath Program Live Streaming
Auditorium
HARI KEEMPAT
20 Julai 2025 (Ahad)
Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
9:00 pagi
Hari Keempat Festival Buku Islami 2025 Bermula
10:00 pagi – 11:30 pagi
Ziarah dan Temu Mesra Para Syeikh
Auditorium
Sudut Aktiviti
Aktiviti bersama PPAS
Persembahan Kanak-kanak dan Aktiviti
Ruang Kanak-Kanak
11:30 pagi – 12:00 tengah hari
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
12:00 tengah hari – 1:30 petang
Alchemiya Screening
Immortal in Memory: The Great Scholars and Scientists of Islam by Alchemiya
Sudut Aktiviti
Aktiviti bersama PPAS
Persembahan Kanak-kanak dan Aktiviti
Ruang Kanak-Kanak
Mama Hana
1:30 petang – 2:30 petang
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
2:30 petang – 4:00 petang
Syarahan
Munaqasyah Ihya’ Ulumuddin
Auditorium
SS Ustaz Haji Ahmad Fauwaz bin Dato' Ustaz Haji Fadzil
Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Aktiviti
Asas Pemuliharaan Buku Lama dan Nadir
Sudut Aktiviti
Bakhtiar Yusoff
Aktiviti bersama PPAS
Pertandingan Tulisan Jawi Cantik (Kanak-kanak dan Remaja)
Ruang Kanak-Kanak
4:00 petang – 5:00 petang
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
5:00 petang – 6:30 petang
Syarahan
Islam dan Masyarakat Melayu dalam Penulisan Sejarah Melayu
Auditorium
Professor Dr. Tatiana A. Denisova
Aktiviti bersama PPAS
Demo Menulis Khat
Ruang Kanak-Kanak
En. Zulkifli
6:30 petang – 8:00 malam
Free Screening
Dalail Al-Khairat (Docu-series)
Auditorium
8:00 malam – 9:00 malam
Free Screening
Turath Program Live Streaming
Auditorium