Siaran Langsung
Jadual Penuh dan Peta Lokasi Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025
Ringkasan
9 hari
14 acara
18 tokoh
51 sesi
Teras Utama
1. Warisan
Mengangkat kitab turath sebagai khazanah intelektual Islam dan warisan berharga.
2. Pengajian
Menyuburkan kaedah talaqqi, iaitu pengajian secara langsung dengan guru secara menadah kitab.
3. Masyarakat
Memasyarakatkan ilmu melalui aktiviti kerohanian seperti bacaan Dalail al-Khairat, selawat, qasidah dan marhaban.
4. Ilmu dan Budi
Memupuk nilai-nilai keilmuan melalui penganjuran Festival Buku Islami 2025 dan Pameran Al-Wahyu.

Tokoh-tokoh Utama FTIS 2025

Lihat Senarai Penuh Tokoh FTIS 2025

Kitab-kitab Tumpuan FTIS 2025

Dapatkan Kitab-kitab Tumpuan FTIS 2025 di Kedai Buku IBDE Sekarang!
Jadual dan Peta FTIS 2025

Butiran Acara
1. Selawat Harian Dalail al-Khairat
Acara pembukaan setiap hari festival dengan bacaan kitab selawat agung karya Imam al-Jazuli. Bacaan ini diadakan secara berjemaah, melibatkan penyertaan ulama, peserta, dan masyarakat umum. Bacaan ini bertujuan menyemarakkan kecintaan kepada Nabi Muhammad ﷺ melalui lantunan selawat yang membawa ketenangan jiwa dan keberkatan.
2. Daurah Pengantar Ilmu Tafsir
Sesi pengajian kitab Pengantar Ilmu Tafsir selama sehari suntuk dibahagikan kepada tiga (3) sesi. Kitab ini merupakan bahagian pengantar dalam kitab Itmam ad-Dirayah li Qurra’ an-Nuqayah karya Imam Jalaluddin as-Suyuti dan ia adalah salah satu karya agung dalam bidang ulum al-Quran dan ilmu tafsir yang membahaskan secara terperinci mengenai pelbagai ilmu berkaitan al-Quran.
3. Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (al-Waqi'ah, al-Rahman, al-Fatihah, al-Mulk, al-Kahfi, Yaasiin dan al-Hujurat)
Sesi pengajian tujuh (7) surah pilihan berdasarkan Tafsir al-Jalalain ini berlangsung selama 6 hari dalam 17 sesi. Surah-surah yang dipilih ialah al-Waqiah, al-Rahman, al-Fatihah, al-Mulk, al-Kahfi, Yassin dan al-Hujurat. Sesi pengajian ini menggunakan kitab Tafsir al-Jalalain karya Imam Jalaluddin al-Mahalli dan Imam Jalaluddin as-Suyuti yang telah diterjemah dan diterbitkan oleh IBDE.
4. Syarah Kitab Dalail al-Khairat
Syarah Kitab Dalail al-Khairat bertujuan mengupas dan menghuraikan kitab Dalail al-Khairat, karya agung Imam Al-Jazuli, yang memuatkan himpunan selawat khusus ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Acara ini memberi fokus kepada kelebihan berselawat, keindahan lafaz doa dan penghayatan rohani yang mendalam bagi menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ.
5. Syarahan Perdana
Syarahan Perdana ini merupakan medan intelektual yang menghimpunkan pemikiran dan panduan mendalam tentang pendidikan anak-anak dalam konteks warisan keilmuan Islam. Disampaikan oleh tokoh ilmuwan terkemuka, syarahan ini memberi penekanan terhadap peranan ibu bapa, pendidik dan masyarakat dalam membentuk generasi yang bukan sahaja celik ilmu, tetapi juga terhubung dengan akar tradisi keilmuan Islam yang kaya dan berwibawa.
6. Forum Tradisi Pengajian Islam Alam Melayu
Sesi forum oleh ahli akademik dan tokoh ilmuwan Nusantara bagi membincangkan tradisi pengajian turath dalam membentuk sistem pendidikan Islam di Nusantara serta menyoroti peranan institusi pondok, pesantren dan madrasah sebagai pusat keilmuan tradisional yang berkesinambungan hingga kini.
7. Bual Bicara Turath
Acara ini mempertemukan para ulama dari institusi pondok Nusantara dan ahli-ahli akademik tempatan dari beberapa buah universiti Malaysia dengan tiga ulama tersohor dunia yang diundang pada tahun ini iaitu Syeikh Dr. Mohammad Akram Nadwi, Syeikh Dr. Majd Makki dan Syeikh Prof. Dr. Idris al-Kharshafi al-Maghribi.
8. Majlis Mahabbah Ulama (acara tertutup)
Majlis ini menghimpunkan tokoh ulama antarabangsa bersama para ulama dan pemimpin negeri Selangor bagi mempereratkan hubungan ukhuwah dan memupuk kerjasama keilmuan.
9. Kuliah Subuh
Sesi kuliah santai yang dikendalikan oleh ulama Nusantara, membawakan topik berkaitan tafsir dan karya Imam Jalaluddin as-Suyuti, diadakan dalam sela masa sepanjang festival untuk memperkaya kefahaman peserta.
10. Kuliah Maghrib
Sesi kuliah santai yang dikendalikan oleh ulama Nusantara, membawakan topik berkaitan tafsir dan karya Imam Jalaluddin as-Suyuti, diadakan dalam sela masa sepanjang festival untuk memperkaya kefahaman peserta.
11. Majlis Qasidah dan Marhaban
Persembahan qasidah dan marhaban disertai bacaan selawat kepada Rasulullah ﷺ. Selain menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW melalui alunan seni tradisional yang memupuk ketenangan jiwa, majlis ini turut berfungsi sebagai santapan rohani dan rehat minda selepas seharian mengikuti sesi pengajian intensif.
12. Pameran Al-Wahyu: FUNDUQ
Pameran ini diadakan dengan kerjasama Akademi Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan menampilkan perkembangan institusi pondok dan pesantren di Nusantara sebagai pemelihara tradisi ilmu Islam. Melalui pameran ini, peserta dapat meneliti dan menghargai sumbangan pondok dan pesantren dalam membentuk generasi ulama dan peranannya sebagai pusat penyebaran ilmu agama.
13. Festival Buku Islami 2025
Festival Buku Islami 2025 yang julung kalinya diadakan bertujuan menghidupkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan tema "Membina Tamadun, Bermula dari Keluarga". Festival buku ini merupakan festival buku terkelola yang menghimpunkan penerbit buku-buku Islam terbaik Malaysia untuk menawarkan pelbagai bahan bacaan bermutu tinggi kepada pengunjung dan rakyat Selangor.
14. Bazaar Turath
Bazaar Turath menghimpunkan pelbagai jualan barangan berkonsepkan warisan dan budaya Islam, termasuk pakaian tradisional, aksesori etnik, seni khat, cenderamata serta produk-produk tempatan yang berinspirasi nilai Islami. Lebih daripada sekadar tempat membeli-belah, bazar ini menghidupkan suasana perayaan yang meriah, sambil menyokong usahawan tempatan dan memupuk kecintaan terhadap khazanah Islam.
Berita
