1. Warisan

Mengangkat kitab turath sebagai khazanah intelektual Islam dan warisan berharga.

2. Pengajian

Menyuburkan kaedah talaqqi, iaitu pengajian secara langsung dengan guru secara menadah kitab.

3. Masyarakat

Memasyarakatkan ilmu melalui aktiviti kerohanian seperti bacaan Dalail al-Khairat, selawat, qasidah dan marhaban.

4. Ilmu dan Budi

Memupuk nilai-nilai keilmuan melalui penganjuran Festival Buku Islami 2025 dan Pameran Al-Wahyu. 

Jadi seorang di antara 50,000 peserta kami tahun ini!

Daftar sekarang!

Rebut peluang terawal untuk bersama para penuntut, ilmuwan dan alim ulama di bawah teduhan majlis ilmu yang penuh barakah ini.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Festival Turath Islami Selangor 2025

12-20 Julai

Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor

Pameran Al-Wahyu

5-20 Julai

Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Festival Buku Islami 2025

17-20 Julai

Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Konsert Alunan Mahabbah

19 & 20 Julai

1. Selawat Harian Dalail al-Khairat

Acara pembukaan setiap hari festival dengan bacaan kitab selawat agung karya Imam al-Jazuli. Bacaan ini diadakan secara berjemaah, melibatkan penyertaan ulama, peserta, dan masyarakat umum. Bacaan ini bertujuan menyemarakkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW melalui lantunan selawat yang membawa ketenangan jiwa dan keberkatan.

2. Daurah Pengantar Ilmu Tafsir

Sesi pengajian kitab Ilmu Tafsir selama 1 hari dengan 3 sesi. Kitab Ilmu Tafsir adalah salah satu karya agung dalam bidang ulum al-Quran dan ilmu tafsir yang membahaskan secara terperinci mengenai pelbagai ilmu yang berkaitan dengan al-Quran.

3. Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (al-Waqi'ah, al-Rahman, al-Fatihah, al-Mulk, al-Kahfi, Yaasiin dan al-Hujurat)

Sesi pengajian 7 surah pilihan berdasarkan Tafsir Jalalain, berlangsung selama 6 hari dalam 17 sesi. Surah-surah yang dipilih termasuk al-Waqiah, al-Rahman, al-Fatihah, al-Mulk, al-Kahfi, Yassin dan al-Hujurat. Surah-surah ini diterjemah daripada Kitab Tafsir Jalalain karya al-Imam Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakr as-Suyuti dan diterbitkan oleh IBDE.

4. Syarah Kitab Dalail al-Khairat

Syarah Dalail al-Khairat bertujuan mengupas dan menghuraikan kitab Dalail al-Khairat, karya agung Imam Al-Jazuli, yang memuatkan himpunan selawat khusus kepada Nabi Muhammad SAW. Acara ini memberi fokus kepada kelebihan berselawat, keindahan lafaz doa, dan penghayatan rohani yang mendalam bagi menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

5. Tausiyah Perdana Mendidik Anak: Bimbingan Nabawi

Acara ini akan membincangkan konsep “Rumahku Syurgaku” dalam konteks kehidupan kekeluargaan suami, isteri dan anak-anak menurut perspektif Islam. Acara ini bertujuan memberikan panduan kepada pasangan suami isteri dan keluarga Muslim dalam membina rumah tangga yang harmonis, bahagia, dan diberkati.

6. Forum Tradisi Pengajian Islam Alam Melayu

Sesi forum oleh ahli akademik dan tokoh ilmuwan Nusantara bagi membincangkan tradisi pengajian turath dalam membentuk sistem pendidikan Islam di Nusantara serta menyoroti peranan institusi pondok, pesantren, dan madrasah sebagai pusat keilmuan tradisional yang berkesinambungan hingga kini.

7. Bual Bicara Turath

Acara ini mempertemukan para ulama dari institusi pondok Nusantara dan ahli-ahli akademik tempatan dari beberapa buah universiti Malaysia dengan ulama tersohor dunia.

8. Majlis Mahabbah Ulama (acara tertutup)

Majlis ini menghimpunkan tokoh ulama antarabangsa bersama para ulama dan pemimpin Negeri Selangor bagi mempereratkan hubungan ukhuwah dan memupuk kerjasama keilmuan.  

9. Kuliah Subuh

Sesi kuliah santai yang dikendalikan oleh ulama Nusantara, membawakan topik berkaitan tafsir dan karya Imam Jalaluddin as-Suyuti, diadakan dalam sela masa sepanjang festival untuk memperkaya kefahaman peserta. 

10. Kuliah Maghrib

Sesi kuliah santai yang dikendalikan oleh ulama Nusantara, membawakan topik berkaitan tafsir dan karya Imam Jalaluddin as-Suyuti, diadakan dalam sela masa sepanjang festival untuk memperkaya kefahaman peserta. 

11. Majlis Qasidah dan Marhaban

Persembahan qasidah dan marhaban, disertai bacaan selawat kepada Rasulullah SAW. Selain menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW melalui alunan seni tradisional yang memupuk ketenangan jiwa, majlis ini turut berfungsi sebagai santapan rohani dan rehat minda selepas seharian mengikuti sesi pengajian intensif.

12. Pameran Al-Wahyu: FUNDUQ

Pameran ini akan diadakan dengan kerjasama Akademi Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia menampilkan perkembangan institusi pondok dan pesantren di Nusantara sebagai pemelihara tradisi ilmu Islam. Melalui pameran ini, peserta dapat meneliti dan menghargai sumbangan pondok dan pesantren dalam membentuk generasi ulama dan menyebarkan ilmu.

13. Festival Buku Islami 2025

Festival Buku Islami 2025, yang diadakan buat pertama kali, bertujuan menghidupkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Festival ini akan menghimpunkan penerbit buku-buku Islam terbaik Malaysia untuk menawarkan pelbagai bahan bacaan bermutu tinggi kepada pengunjung dan rakyat Selangor.

14. Konsert Alunan Mahabbah

Konsert Alunan Mahabbah merupakan acara kesenian Islam yang menampilkan persembahan qasidah dan selawat, bertujuan meningkatkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW serta memupuk perpaduan dalam kalangan umat Islam. Sebagai acara penutup Festival Turath Islami Selangor 2025, konsert ini menyediakan rehat minda yang menyegarkan selepas lapan hari pengajian intensif.