Ustaz Mohammad Wadi Annuar Ayub adalah seorang penceramah bebas dan juga pengasas bagi Akademi Darul Ilmi. Beliau terkenal dengan syarahan-syarahan agama Islam berkaitan kisah akhir zaman dan sirah para sahabat nabi. Ceramah beliau yang menyentuh hati menarik minat rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur.
Sesi Acara
Hari 1: 13 September 2026 (Ahad)
9.00 malam – 11.30 malam
Majlis Perasmian FTIS 2026 & Tausiyah Perdana
Dewan Solat Utama (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)


