Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Feqh Wa Usuluh) Mumtaz dari The World Islamic Sciences and Education University (WISE), Jordan, Ijazah Sarjana (Falsafah Islamiyah) Mumtaz dari Universiti Kaherah, Mesir dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Syariah Islamiyah) dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang Pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CTU) di UiTM Pahang dan di UiTM Melaka. Beliau kemudiannya menjadi Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Ogos 2007. Beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Mufti Selangor bermula Januari 2016 hingga 20 Mei 2021 sebelum dilantik sebagai Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor ke-7 berkuatkuasa pada 21 Mei 2021.
Sesi
12 Julai 2025
8:30 pagi – 9:45 pagi
Majlis Perasmian Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025
19 Julai 2025
9:00 pagi – 12:00 tengah hari
Bual Bicara Turath (Terjemahan Selari)