14 & 17 September 2026

7.30 malam – 8:30 malam

Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Persembahan qasidah dan marhaban yang melibatkan kumpulan seni Islam tempatan. Selain menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW melalui alunan seni tradisional yang memupuk ketenangan jiwa, majlis ini turut berfungsi sebagai santapan rohani dan rehat minda selepas seharian mengikuti sesi pengajian intensif.

Jadi seorang di antara 50,000 peserta kami tahun ini! Rebut peluang terawal untuk bersama para penuntut, ilmuwan dan alim ulama di bawah teduhan majlis ilmu yang penuh barakah ini.