Al-Mustaqeem Mahmod Radhi adalah pengarah Yayasan Turath Islami (YTI), sebuah pertubuhan berasaskan ilmu di Malaysia yang aktif menganjurkan program pengajian kitab warisan Islam (kitab turath), daurah, dan majlis ilmu tradisional. Beliau adalah seorang penulis, penterjemah dan penyunting yang aktif dalam bidang penerbitan serta wacana pemikiran Islam. Beliau merupakan lulusan Universiti Mu’tah, Jordan dan menterjemahkan pelbagai karya agama, sejarah, biografi dan kesusasteraan. Antara terjemahannya yang utama adalah Muhammad: Riwayat Berdasarkan Sumber Terawal, Republik Marga Satwa, dan Amir Abdul Kadir: Sang Pendamai, Wali dan Pahlawan. Kini memimpin Yayasan Turath Islami selain bertanggungjawab sebagai ketua pengarang Buku IBDE.
Sesi Acara
Hari 7: 19 September 2026 (Sabtu)
9.00 pagi – 4.30 petang
Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan (Sesi 1 & 2)
Tema: “Mengerah Kekuatan Turath Menghadapi Cabaran Dunia Moden”
Dewan Auditorium (Dewan Syarahan & Muzakarah Islam)


