Prof. Emeritus Dato’ Sri Dr. Osman Bakar (Malaysia)

Prof. Emeritus Dato’ Sri Dr. Osman Bakar (Malaysia) kini memegang jawatan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Penyandang Kursi al- Ghazali dalam bidang Epistemologi dan Kajian dan Pembaharuan Ketamadunan di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di universiti tersebut. Beliau juga profesor emeritus dalam bidang Falsafah Sains di Universiti Malaya (UM). Setakat ini, beliau telah menghasilkan 43 buah buku tentang berbagai-bagai aspek pemikiran dan tamadun Islam. Beliau tersenarai dalam 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia sejak tahun 2009. Karya beliau yang paling popular ialah Tauhid dan Sains yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di dunia. Pada tahun 2026 beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H.

Sesi Acara

Hari 4: 16 September 2026 (Rabu)
3.00 petang – 4.30 petang

Majlis Perasmian Festival Buku Islami (FBI) 2026

Peluncuran & Ulasan Buku Pedoman buat Muda-mudi Muslim
Dewan Auditorium (Dewan Syarahan & Muzakarah Islam)
Hari 7: 19 September 2026 (Sabtu)
9.00 pagi – 4.30 petang

Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan (Sesi 1 & 2)

Pembentang Kertas Kerja (“Cabaran Modenisme Terhadap Pendidikan Tradisional”)
Tema: “Mengerah Kekuatan Turath Menghadapi Cabaran Dunia Moden”
Dewan Auditorium (Dewan Syarahan & Muzakarah Islam)
Jadi seorang di antara 50,000 peserta kami tahun ini! Rebut peluang terawal untuk bersama para penuntut, ilmuwan dan alim ulama di bawah teduhan majlis ilmu yang penuh barakah ini.