Tuan Guru Syeikh Ahmad Fuad bin Amran merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa (Perundingan Hukum Syarak) Wilayah Persekutuan dan tenaga pengajar di Madrasah Darul Ulum, Pondok Paya Siput, Lanchang, Pahang. Beliau merupakan pemegang Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir) dari Universiti Al-Azhar, Kaherah (2003) dan Sarjana Kemahiran Fatwa Syarie’ dari Pusat Fatwa Republik Arab Mesir (2008). Mempunyai kepakaran mendalam dalam bidang Usuluddin, Tafsir, kemahiran fatwa, serta pengajian kitab-kitab turath klasik.
Sesi Acara
Hari 8: 20 September 2026 (Ahad)
9.00 pagi – 1.00 petang
Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan (Sesi 3 & Penutup)
Dewan Auditorium (Dewan Syarahan & Muzakarah Islam)


