Ustaz Muhammad Noorazam bin Bahador (Malaysia)

Ustaz Muhammad Noorazam bin Bahador merupakan Mudir bagi Pondok Syeikh Daud al Fathani Li Takwin al Ulama serta Penolong Pengarah di Akademi Pemikiran Turath al-Mustanir (APT). Beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda Usuluddin (Hadis & Ulum Hadis) di Universiti al-Azhar. Pendidikan beliau diteruskan dengan Kursus Lepasan Ijazah di Dar al-Ifta’ al-Misriyyah serta Master in Islamic Finance dari INCEIF. Beliau juga aktif sebagai penceramah bebas dalam menyebarkan dakwah di pelbagai institusi dan media sosial.

Jadi seorang di antara 50,000 peserta kami tahun ini! Rebut peluang terawal untuk bersama para penuntut, ilmuwan dan alim ulama di bawah teduhan majlis ilmu yang penuh barakah ini.