Peluang Berbakti di FTIS 2025
Sertai Barisan Sukarelawan Kami!
Anda cintakan ilmu, suka berkhidmat dan ingin menyumbang dalam festival keilmuan Islam?
Inilah masanya anda menyertai kami sebagai sukarelawan Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025!
Apa yang anda akan dapat?
Merchandise eksklusif sebagai tanda penghargaan
T-shirt khas sukarelawan
Sijil penghargaan sukarelawan
Peluang beriktikaf di masjid sepanjang festival
Makan dan minum 3 kali sehari
Jaringan ukhuwah dengan rakan sukarelawan dan ilmuwan serantau
Memperoleh pengalaman bermakna dalam menguruskan festival yang memartabatkan ilmu dan warisan Islam
Berpeluang menyumbang tenaga sambil menimba ilmu agama
Komitmen
Pilihan untuk berkhidmat:
Sepenuh masa: 10 hari (8:00 pagi – 11:00 malam)
Mengikut kelapangan: Hadir mengikut hari yang sesuai
Syarat:
Untuk melayakkan diri menerima merchandise dan sijil penghargaan, sukarelawan perlu berkhidmat sekurang-kurangnya selama 5 hari (8:00 pagi – 11:00 malam)
Kehadiran perlu disahkan sekurang-kurangnya satu atau dua hari sebelum bertugas bagi tujuan penyediaan makanan
Etika pemakaian:
Pakaian smart casual yang kemas dan sopan
Pakaian mestilah sesuai untuk suasana masjid dan majlis ilmu
Berkasut
⚠️ Nota: Elaun dan penginapan tidak disediakan, tetapi sukarelawan dibenarkan beriktikaf di ruang masjid
Jika anda berminat untuk menjadi sukarelawan FTIS 2025, sila lengkapkan borang berikut.

Pejabat Sekretariat Turath Islami Selangor
7-2, Jalan Damar SD 15/1, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.
Tel: +60 10 876 1387 | +60 10 841 9282
Emel: info@turathislamiselangor.com
Media Sosial FTIS 2025