

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, atau lebih dikenali sebagai Masjid Negeri Selangor, akan menjadi jantung Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025. Sepanjang sembilan hari yang penuh barakah ini, dewan solat utama akan diimarahkan dengan jujukan program keilmuan dan kerohanian yang dirancang untuk memperdalam kefahaman kita terhadap ajaran Islam.
Sesi bermula dengan Bacaan Dalail Al-Khairat, sebuah permulaan harian yang membawa ketenangan dan keberkatan melalui alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW secara berjemaah. Pengunjung berpeluang mendalami ilmu Al-Quran melalui Daurah Pengantar Ilmu Tafsir disusuli dengan Daurah Surah Pilihan (Tafsir Jalalain), di mana 7 surah pilihan seperti al-Waqiah, al-Rahman, dan Yassin akan dikupas secara mendalam. Tidak ketinggalan, Syarah Dalail Al-Khairat akan menghuraikan keindahan dan fadhilat berselawat, memperkaya jiwa setiap yang hadir.
Acara Bual Bicara Turath akan membuka ruang perbincangan kritis mengenai isu-isu kontemporari dalam perspektif Islam. Setiap hari juga akan disemarakkan dengan Kuliah Subuh dan Kuliah Maghrib, memberikan peluang untuk pengajian ilmu agama secara berterusan. Suasana masjid akan bertambah syahdu dengan lantunan Qasidah dan Marhaban yang memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menyatukan hati-hati dalam cinta dan kerinduan.
Lokasi
DEWAN SOLAT UTAMA,
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
SHAH ALAM
Tarikh
12 - 20 JULAI 2025
ATUR CARA
*tertakluk kepada perubahan
12 Julai 2025 (Sabtu)
HARI PERTAMA
Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
8:00 pagi - 8:30 pagi
Selawat Harian Dalail al-Khairat
8:30 pagi - 9:45 pagi
Perasmian Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025
Ucapan alu-aluan oleh:
YBhg. Dato’ Johary Anuar
Pengerusi Jawatankuasa Induk FTIS 2025
Ucapan khas oleh:
Y.A.D. SS Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir
Mufti Diraja Selangor
Dirasmikan oleh:
Y.A.B. Dato' Seri Amirudin bin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor
9:45 pagi - 12:00 tengah hari
Daurah Pengantar Ilmu Tafsir (SESI 1)
Profesor Emeritus Dr. Sheikh Abdel Fattah Abdel Ghany Al-Awari (Mesir)
4:45 petang – 6:30 petang
Daurah Pengantar Ilmu Tafsir (SESI 2)
Profesor Emeritus Dr. Sheikh Abdel Fattah Abdel Ghany Al-Awari (Mesir)
7:30 malam – 8:30 malam
Marhaban
Kumpulan Marhaban Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
8:45 malam – 11:00 malam
Daurah Pengantar Ilmu Tafsir (SESI 3)
Profesor Emeritus Dr. Sheikh Abdel Fattah Abdel Ghany Al-Awari (Mesir)
13 Julai 2025 (Ahad)
HARI KEDUA
Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
6:00 - 7:00 pagi
Kuliah Subuh
Sheikh Mohd Nazrul bin Abd Nasir
8:00 pagi - 8:30 pagi
Selawat Harian Dalail al-Khairat
9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 1)
Surah al-Fatihah & Yaasiin
Profesor Dr. Sheikh Idris al-Fasi al-Fihri (Maghribi)
4:45 petang – 6:30 petang
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 2)
Surah al-Fatihah & Yaasiin
Profesor Dr. Sheikh Idris al-Fasi al-Fihri (Maghribi)
7:30 malam – 8:30 malam
Kuliah Maghrib
Ustaz Muhammad Noorazam bin Bahador
8:45 malam - 11:00 malam
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 3)
Surah al-Fatihah & Yaasiin
Profesor Dr. Sheikh Idris al-Fasi al-Fihri (Maghribi)
14 Julai 2025 (Isnin)
HARI KETIGA
Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
6:00 - 7:00 pagi
Kuliah Subuh
Profesor Madya Dr. Umar Muhammad Noor
8:00 pagi - 8:30 pagi
Selawat Harian Dalail al-Khairat
9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 4)
Surah al-Waqi'ah
Profesor Emeritus Dr. Sheikh Abdel Fattah Abdel Ghany Al-Awari (Mesir)
4:45 petang – 6:30 petang
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 5)
Surah al-Waqi'ah
Profesor Emeritus Dr. Sheikh Abdel Fattah Abdel Ghany Al-Awari (Mesir)
7:30 malam – 8:30 malam
Qasidah
Kumpulan AhbabulHabib (Darul Murtadza)
8:45 malam - 11:00 malam
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 6)
Rumusan Surah al-Waqi'ah
Profesor Dr. Sheikh Idris al-Fasi al-Fihri (Maghribi)
15 Julai 2025 (Selasa)
HARI KEEMPAT
Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
6:00 - 7:00 pagi
Kuliah Subuh
Tuan Guru Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman
8:00 pagi - 8:30 pagi
Selawat Harian Dalail al-Khairat
9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 7)
Surah al-Mulk
Sheikh Dr. Mohammad Akram Nadwi (India/UK)
4:45 petang – 6:30 petang
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 8)
Surah al-Mulk
Sheikh Dr. Mohammad Akram Nadwi (India/UK)
7:30 malam – 8:30 malam
Kuliah Maghrib
Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
8:45 malam - 11:00 malam
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 9)
Surah al-Mulk
Sheikh Dr. Mohammad Akram Nadwi (India/UK)
16 Julai 2025 (Rabu)
HARI KELIMA
Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
6:00 - 7:00 pagi
Kuliah Subuh
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hami *tertakluk kepada perubahan
8:00 pagi - 8:30 pagi
Selawat Harian Dalail al-Khairat
9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 10)
Surah al-Kahfi
Sheikh Dr. Mohammad Akram Nadwi (India/UK)
4:45 petang – 6:30 petang
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 11)
Surah al-Kahfi
Sheikh Dr. Mohammad Akram Nadwi (India/UK)
7:30 malam – 8:30 malam
Marhaban
Kumpulan al-Madad
8:45 malam - 11:00 malam
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 12)
Surah al-Kahfi
Sheikh Dr. Mohammad Akram Nadwi (India/UK)
17 Julai 2025 (Khamis)
HARI KEENAM
Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
6:00 - 7:00 pagi
Kuliah Subuh
Maulana Ahmad Lutfi bin Muharam *tertakluk kepada perubahan
8:00 pagi - 8:30 pagi
Selawat Harian Dalail al-Khairat
9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 13)
Surah al-Rahman
Sheikh Majd Makki (Syria/Qatar)
4:45 petang – 6:30 petang
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 14)
Surah al-Rahman
Sheikh Majd Makki (Syria/Qatar)
7:30 malam – 8:30 malam
Kuliah Maghrib
Baba Haji Ghazali bin Ahmad al-Fathani (Baba Li Sekam)
8:45 malam - 11:00 malam
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 15)
Surah al-Rahman
Sheikh Majd Makki (Syria/Qatar)
18 Julai 2025 (Jumaat)
HARI KETUJUH
Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
6:00 - 7:00 pagi
Syarah Kitab Dalail al-Khairat (SESI 1)
Dr. Kiyai Haji Abdul Ghofur Maimoen
8:00 pagi - 8:30 pagi
Selawat Harian Dalail al-Khairat
9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 16)
Surah al-Hujurat
Ustaz Dr. Adi Hidayat (Indonesia) *tertakluk kepada perubahan
4:45 petang – 6:30 petang
Daurah Surah Pilihan Tafsir al-Jalalain (SESI 17)
Surah al-Hujurat
Ustaz Dr. Adi Hidayat (Indonesia) *tertakluk kepada perubahan
7:30 malam – 8:30 malam
Syarah Kitab Dalail al-Khairat (SESI 2)
Dr. Kiyai Haji Abdul Ghofur Maimoen
8:45 malam - 11:30 malam
Daurah Penutup *tertakluk kepada perubahan
Ustaz Dr. Adi Hidayat (Indonesia) *tertakluk kepada perubahan
Tetamu Kehormat:
Y.A.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim *tertakluk kepada perubahan
Perdana Menteri Malaysia
Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari *tertakluk kepada perubahan
Dato' Menteri Besar Selangor
19 Julai 2025 (Sabtu)
HARI KELAPAN
Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
6:00 - 7:00 pagi
Kuliah Subuh
Tafsir Surah as-Sajadah
Ustaz Dr. Adi Hidayat (Indonesia) *tertakluk kepada perubahan
8:00 - 8:30 pagi
Selawat Harian Dalail al-Khairat
9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Bual Bicara Turath (Terjemahan Selari)
Ucapan pembukaan oleh:
Y.A.D. SS Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir
Mufti Diraja Selangor
Ucapan alu-aluan oleh:
Y.A.B. Dato' Seri Amirudin bin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor
Bual Bicara Turath (SESI 1)
"Tema-tema Besar al-Quran untuk Kemelut Dunia Semasa"
Profesor Dr. Sheikh Idris al-Fasi al-Fihri (Maghribi)
Moderator:
Maulana Ahmad Lutfi bin Muharam
Panel:
Ustaz Faiz Fateh (Panel 1)
Habib Najmuddin (Panel 2) *tertakluk kepada perubahan
2:00 petang - 4:00 petang
Bual Bicara Turath (SESI 2)
“Isu-isu Semasa dalam Bidang Tafsir”
Sheikh Majd Makki (Syria/Qatar)
Moderator:
Ustaz Marwan Bukhari
Panel:
Baba Haji Ghazali bin Ahmad al-Fathani (Baba Li Sekam)
5:00 petang - 7:00 petang
Bual Bicara Turath (SESI 3)
“Tafsir Era Moden: Antara Memelihara Tradisi & Tajdid”
Sheikh Dr. Mohammad Akram Nadwi (India/UK)
Moderator:
Dr. Ramadan Fitri *tertakluk kepada perubahan
Panel:
Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari *tertakluk kepada perubahan
20 Julai 2025 (Ahad)
HARI KESEMBILAN
Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
2:00 petang - 4:30 petang
Pengisian Hari Terakhir
*tertakluk kepada perubahan