
Dataran Kemerdekaan Shah Alam bakal menjadi saksi kepada acara kemuncak Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025, sebuah perhimpunan akbar yang dijangka akan menyatukan ribuan jiwa dalam semangat kecintaan yang mendalam kepada Rasulullah SAW.
Pada malam pertama, Konsert Alunan Mahabbah akan diadakan dengan dendangan nasyid oleh kumpulan-kumpulan nasyid terkenal. Seterusnya, malam kedua akan diserikan dengan Darul Ehsan Berselawat, malam selawat agung yang menjanjikan suasana penuh syahdu dan keberkatan.
Acara istimewa ini merupakan peluang keemasan untuk seluruh lapisan masyarakat berhimpun, bersama-sama memuji dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW secara berjemaah, memohon syafaat dan keberkatan dari Allah SWT. Suasana malam pastinya akan diserikan lagi dengan alunan merdu kumpulan nasyid terkenal, mewujudkan ikatan rohani yang kuat di antara semua peserta.
Lokasi
DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM
Tarikh
19 - 20 JULAI 2025
ATUR CARA
MALAM PERTAMA
19 Julai 2025 (Sabtu)
Dataran Kemerdekaan Shah Alam
8:00 malam - 12:00 malam
KONSERT ALUNAN MAHABBAH
MALAM KEDUA
20 Julai 2025 (Ahad)
Dataran Kemerdekaan Shah Alam
9:00 malam - 12:00 malam
DARUL EHSAN BERSELAWAT