Borang Permohonan Vendor Bazaar Turath @ FTIS 2025

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025 sebagai vendor, kami mengalu-alukan penyertaan anda melalui borang permohonan yang telah disediakan.
Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat bagi memudahkan proses semakan dan kelulusan penyertaan. Pihak urus setia akan menghubungi anda selepas permohonan diproses.