Syarahan Perdana: Pedoman Mendidik Anak ke Arah Menghargai Warisan Keilmuan Islam

18 Julai 2025
8:45 malam – 11:30 malam
Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Syarahan Perdana ini merupakan medan intelektual yang mengetengahkan panduan mendalam dalam mendidik anak-anak agar menghargai warisan keilmuan Islam.
Bertemakan “Pedoman Mendidik Anak ke Arah Menghargai Warisan Keilmuan Islam”, syarahan ini akan disampaikan oleh Ustaz Dr. Adi Hidayat, ilmuwan terkemuka Nusantara yang akan mengupas peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat dalam membentuk generasi celik ilmu serta berakar pada tradisi keilmuan Islam yang kaya dan berwibawa.
Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, menandakan komitmen bersama dalam memperkasa pendidikan Islam yang berteraskan warisan keilmuan.