Mendalami Khazanah Warisan Islam
    • Utama
    • Tentang
    • Berita
    • Senarai Tokoh
    • Jadual & Peta
      • Festival Turath Islami Selangor 2025
      • Pameran al-Wahyu: FUNDUQ
      • Bazaar Turath
      • Festival Buku Islami 2025
      • Darul Ehsan Berselawat 2025
      • Muat Turun Buku Acara FTIS 2025
    • Soalan Lazim
    • Hubungi Kami

Tentang

Festival Turath Islami Selangor (2025)

Penganjuran Festival Turath Islami Selangor (FTIS) yang bermula sejak tahun 2023 adalah iltizam Kerajaan Negeri Selangor untuk menghidupkan khazanah turath Islam dalam kehidupan masyarakat. Bertitik tolak daripada gagasan Dato’ Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin bin Shari, FTIS bertujuan untuk menyemarakkan kembali minat masyarakat terhadap kitab-kitab turath yang menjadi lambang kehebatan keilmuan Islam dan sumber kebijaksanaan dalam menangani pelbagai kemelut dunia moden.

Turath Islam atau warisan intelektual Islam adalah khazanah ilmu yang tidak ternilai, meliputi pelbagai bidang seperti tafsir, hadis, fekah dan tasawuf. Warisan keilmuan ulama silam ini berperanan sebagai panduan bagi kehidupan umat Islam, bukan sekadar dokumen sejarah tetapi sebagai sumber ilmu yang membantu memahami wahyu, melaksanakan hukum syarak dan memupuk akhlak mulia.

Bagi penganjuran tahun 2025, FTIS yang bertemakan Mendalami Khazanah Warisan Islam akan mengangkat kitab ilmu Tafsir dan karya agung Tafsir Jalalain yang ditulis oleh ulama terkemuka Jalaluddin as-Suyuti dan Jalaluddin al-Mahalli. Karya ini bukan sahaja menjadi panduan utama dalam memahami al-Quran, tetapi juga contoh terbaik keilmuan Islam yang disampaikan dalam bentuk ringkas, jelas dan padat. 

FTIS 2025 menawarkan pelbagai program pengisian ilmu dan rohani seperti pengajian daurah dan bacaan Dalail Al-Khairat. Selain pengisian seperti Konsert Alunan Mahabbah dan Pameran Al-Wahyu yang telah diperkenalkan bermula tahun lalu, festival kali ini turut akan memperkenalkan dua acara baru iaitu program Bual Bicara Turath dan Festival Buku Islami 2025.

Dengan pengisian yang padat dan mapan, FTIS 2025 diharap menjadi platform yang penuh keberkatan dan memberi manfaat besar kepada rakyat Selangor serta Malaysia secara amnya, memperkukuh kedudukan Selangor sebagai pemimpin dalam usaha memartabatkan warisan keilmuan Islam.

Imam Jalaluddin as-Suyuti dan Karyanya

Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakr as-Suyuti (849H–911H) adalah seorang ulama prolifik yang menghasilkan lebih daripada 600 karya dalam pelbagai bidang, termasuk tafsir, hadis, fekah, nahwu, dan sejarah. Beliau bermazhab Syafi’i dan beraliran Asy’ari. Beliau menyempurnakan penulisan Tafsir Jalalain dengan menafsirkan bahagian pertama al-Quran, iaitu dari Surah al-Fatihah hingga Surah al-Isra’, melengkapkan karya gurunya, Jalaluddin al-Mahalli. Karya beliau lain yang terkenal termasuk al-Itqan fi Ulum al-Quran dan Jami’ al-Saghir. Jalaluddin as-Suyuti dikenali sebagai salah seorang ulama terbesar dalam tradisi keilmuan Islam.

Tafsir Jalalain adalah antara tafsir al-Quran paling masyhur dan ia ditulis secara bergilir. Imam Jalaluddin al-Mahalli memulakan tafsir ini dengan menulis bahagian kedua al-Quran dari Surah al-Kahfi hingga Surah an-Nas. Jalaluddin as-Suyuti pula menyempurnakan tafsir ini dengan menulis bahagian pertama al-Quran dari Surah al-Fatihah hingga Surah al-Isra’.

Kitab ini disusun dengan gaya yang ringkas tetapi padat, menjadikannya mudah difahami dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Kitab ini menjadi salah satu tafsir al-Quran yang paling terkenal dan digunakan secara meluas dalam dunia Islam, terutama untuk pembelajaran asas tafsir. Tafsir Jalalain menjadi rujukan utama dalam tradisi keilmuan Islam dan digunakan secara meluas di madrasah dan pesantren.

Selain itu, kitab Ilmu Tafsir karya Jalaluddin as-Suyuti turut membahaskan pelbagai cabang ilmu berkaitan al-Quran seperti asbab al-nuzul, qiraat, dan hukum-hukam yang terkandung dalam al-Quran. Ia merupakan rujukan penting dalam memahami kaedah dan asas tafsir yang mendalam.

Pautan Pantas

  • Utama
  • Tentang
  • Berita
  • Senarai Tokoh
  • Jadual dan Peta FTIS 2025
  • Penajaan Peserta
  • Penajaan Kitab
  • Pendaftaran

Lain-lain

  • Senarai Penginapan
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan
  • Dasar Perlindungan Data Peribadi

PEJABAT SEKRETARIAT TURATH ISLAMI SELANGOR

7-2, Jalan Damar SD 15/1, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.
Tel 1: +60 10 876 1387
Tel 2: +60 10 841 9282

Emel: info@turathislamiselangor.com

Mendalami Khazanah Warisan Islam
Hakcipta terpelihara © Laman sesawang rasmi Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2025 ini diselenggara oleh IBDE Ilham Sdn. Bhd. (1218324-T) (Inisiatif Buku Darul Ehsan) bagi pihak Sekretariat Turath Islami Selangor, Selangor Darul Ehsan.
  • Utama
  • Tentang
  • Berita
  • Senarai Tokoh
  • Jadual & Peta
    • Festival Turath Islami Selangor 2025
    • Pameran Al-Wahyu: FUNDUQ
    • Bazaar Turath
    • Festival Buku Islami 2025
    • Darul Ehsan Berselawat 2025
  • Penghargaan
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
DAFTAR
Start typing to see results or hit ESC to close
turathselangor festivalturath Turath FTIS2025 Berita
See all results