Daurah Pengantar Ilmu Tafsir (3 Sesi)

12 Julai 2025
9:45 pagi – 12:00 tengah hari (Sesi 1)
4:45 petang – 6:30 petang (Sesi 2)
8:45 malam – 11:00 malam (Sesi 3)
Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Sesi pengajian kitab Pengantar Ilmu Tafsir selama sehari suntuk dibahagikan kepada 3 sesi. Kitab ini merupakan bahagian pengantar dalam kitab Itmam ad-Dirayah li Qurra’ an-Nuqayah karya Al-Imam Jalaluddin as-Suyuti dan ia adalah salah satu karya agung dalam bidang ulum al-Quran dan ilmu tafsir yang membahaskan secara terperinci mengenai pelbagai ilmu berkaitan al-Quran.